Hapuskan derita sihir

Monday, 26 December 2016

Pengalaman menakutkan bertemu hantu

HANTU
Saya percaya bukan saya saja, ada ramai di antara gang kita yang pernah jumpa hantu. Yang ini pula pengalaman saya sendiri .

Kes 1.
Ketika saya berusia 7 tahun, saya pergi bermain di rumah kawan di seberang jalan . Jaraknya sekitar 200 meter dari jalan. Bila dah hampir senja saya pun balik berjalan seorang diri menuju ke rumah.
Sepanjang perjalan tu hanya ada sebuah rumah usang kosong tak berpenghuni . Entah macam mana saya memandang ke arah rumah tu ,memang saya lalu tepi rumah tu. Tiba tiba ada satu lembaga berpakaian putih macam telekong sembahyang pompuan.Sangat jelas kelihatan matanya bulat berwarna merah sambil senyum dengan gigi menyeringai . Apa lagi saya lari tak cukup tanah. Sampai di rumah saya tercungap chungap terus demam.

Kes 2.
Sekitar 20 tahun dulu , saya mengikuti kursus di Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar di Batu Berendam, Melaka. Hanya saya sorang , takada orang lain. Kursus selama seminggu . Oleh kerana masa tu saya pun agak sengkek , jadi sepanjang seminggu tu saya hanya tidur dalam kereta pada waktu malam. Malam pertama tu saya pilih satu lokasi agak jauh dari pondok sekuriti kerana agak gelap sikit,agak selesa untuk tidur. Tengah saya lena sekitar 2 pagi, tiba tiba saya terjaga . Betul betul di depan muka saya ada satu lembaga ,kepala saja ,badan tak ada . Mukanya hitam legam, matanya merah , giginya menyeringai . Lalu lembaga tu menerkam saya. Apa lagi saya pun berentaplah dengan lembaga tu . Beberapa minit berlalu ,saya baca ayat ayat Al Quraan yang saya sempat , sambil mengelupur menepis , menumbuk lembaga tu.Akhirnya dia hilangkan diri. Lepas tu saya terus alih kereta hampir ke pondok sekuriti. Saya pun ceritakan apa yang berlaku kepada abang guard tu. Baru lah pecah rahsia. Abang guard tu cerita, dulu tapak tu adalah kem askar jepun , tempat pancung kepala orang. Macam macam dia cerita, mereka dah biasa jumpa macam macam. Bunyi pompuan menangis dalam tandas waktu tengah malam,pompuan cina lompat pagar terus hilang dalam gelap malam. macam macam lah lagi.Abang guard tu pun dia pernah termasuk kawasan bunian di tempat tu , siap ada kenduri kawin. Katanya mereka arak pengantin perempuan dengan pengusung. Akhirnya Pak Hj orang bunian tu hantar dia balik.


Kes 3.
Waktu di UPM dulu saya dan group saya di hantar untuk training mengajar di Sekolah Menengah Khair Johari di Sungai Sumun , Bagan Datok. Kami pun cari rumah sewa .hanya ada satu rumah usang kosong tak berpenghuni . Jiran sebelah rumah yang jaga rumah tu dah pesan , rumah tu agak berpuaka , semua yang pernah menyewa semua lari malam tu juga.Tak tahan. Ada benda cakar rumah, diganggu waktu tidur dan macam macam lagi. Tapi kami tak ada pilihan. Kami sewa juga. Tapi group kami malam pertama dah buat solat hajat minta perlindungan Allah. Alhamdulillah kami selamat, tak diganggu, walau pun keadaan nya sangat menyeramkan. Saya ada selongkar bilik kosong di rumah tu. Ada banyak tikar mengkuang yang digulung dan diikat. Dalam tu saya jumpa sekeping gambar lama keluarga, hitam putih. Wallahwalam ,tak tahu apa yang pernah terjadi di rumah tu.

Kes 4
Satu masa dulu saya teroka tanah di hutan Jerantut, Pahang . Saya berdua dengan adik saya . Pondok kami tu agak jauh dari orang lain kira kira 600 meter seberang sungai. Di satu hanya pondok kami. Ada satu malam tengah malam , tengah kami tidur saya terdengar bunyi hentakan kaki yang kuat berjalan keliling pondok kami. Saya suluh dengan lampu suluh . Kosong. Saya tunggu , ada bunyi lagi,saya suluh lagi , kosong juga. Beberapa kali sama macam tu. Sampai pagi kami tak tidur. Ada sekali tengah hari kami tengah tebang pokok , tiba tiba bau kemenyan. Fuh, suspen betul .Entah apa agaknya.

Kes 5.
Saya dan mak saya keluar ke kedai untuk beli barang . Rumah kami sekitar 500 meter dari jalan. Jadi kami lalu jalan denai ke jalan besar .Waktu tu pukul8 malam Tiba tiba dalam gelap tu kami nampak ada satu basikal sedang bergerak ke arah kami . Kami pun berdiri di tepi denai untuk basikal tu lalu.Tapi basikal tu hilang ghaib begitu saja.Tak sampai sampai pun.

Kes 6.
Satu masa dulu di kampung, ada saudara kami yang bina pondok di hujung kebun .Dia baru pindah ke situ. Keluarga tu suami isteri dan 2 orang anak. Tiba tiba tengah malam keluarga tu bergegas datang untuk tumpang tidur di rumah kami.Katanya ada benda mencakar dinding rumah mereka, Cakaran yang sangat kuat.

Kes7
Di Klang. Macam biasa saya menjala ditepi hutan bakau waktu tengah malam. Saya berhenti sekejap minum dan hisap rokok.
Tiba tiba saya di sergah " ADA DAPAT KA BANG!!!"
Terkejut beruk saya . Bila pandang ke belakang ada satu susuk tubuh hitam legam berdiri. Seorang brader India. Lahabau punya brader, kalau nak tegur pun bagilah signal ehem ehem sikit , ini tidak .Terus sergah , nasib saya tak sakit jantung tapi terkejut beruk juga lah. Sembang punya sembang rupanya dia pasang belat dalam hutan bakau tu. Jilakee betul.... (pinjam ayat AbangRaniKulup )......


sumber: FB MOHD SALLEH MAZUKHI

No comments:

Post a Comment