Semua manusia mengimpkan untuk hidup bahagia, tenang dan sejahtera bak kata pepatah yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Begitu juga rezeki tidak datang bergolek dengan hanya menunggu tanpa berbuat apa-apa. Kebahagian mesti dicari dan diusahakan. Bahagia tidak datang pada mulut atau benda mati ianya hadir pada hati. Kadang ia berlalu pergi tanpa diusir dan datangnya juga tanpa diminta.
Bahagia yang sebenar apabila hati dan kehidupan tenang dalam kebaikan. Lawan kebaikan adalah kejahatan. Sumber kejahatan yang paling sukar untuk ditepis apabila ianya datang daripada sembahan manusia melalui unsur sihir. Kebodohan sesetengah manusia apabila menjadikan syaitan sebagai penolong mereka dan sesama manusia sebagai musuh. Walhal hanya sebenanrnya adalah syaitan itu adalah musuh nyata bagi manusia.
" dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan. sesungguhnya syaitan itu musuh nyata bagimu". (Surah Az-Zukhruf ayat 62)
Makanya, antara perkara yang sangat perlu dibuat bagi melindungi diri dan keluarga dari kemasukan syaitan adalah dengan membaca dan mengamalkan sunnah nabi apabila masuk ke rumah.
Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kulit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian “(Riwayat Muslim).

No comments:
Post a Comment