Sedikit ilmu bagi menghindari si Suami,Isteri dan anak-anak daripada terkena Bisikan&Kerasukan
Si suami boleh bacakan di kepala si isteri atau anak-anak
☆Al Fatihah 1x
☆Ayatul Kursi 1x
☆Surah Al Baqarah ayat 1-5 1x
☆Surah Al Hasyr ayat 21-24 1x
☆Surah Al Mukminun ayat 114-118 1x
☆Surah Al Jin ayat 1-9 1x
☆3 Qul 1x dan selawat keatas Nabi 3x.
Insyaallah keluarga anda akan bebas dari segala bisikan Iblis dan Syaitan
Tentang sihir, ilmu hitam dan metafizik
Wednesday, 8 February 2017
Wednesday, 25 January 2017
Ayat penangkis sihir
Syaitan dan jin serta manusia diciptakan oleh tuhan yang sama. Pencipta yang sama menciptakan dua benda yang berbeza. Sudah tentu hanya hanya menciptakan lebih mengetahui tentang ciptaanya. Dua makhluk ini sekalipun berbeza namun tetap ada persamaan antara keduanya.
Syaitan dan jin ditakuti manusia kerana sifatnya yang tidak nampak pada pandangan mata manusia. Sesuatu yang tidak biasa dilihat akan dianggap sebagai pelik tambahan pula dengan dakyah daripada orang melayu yang mengemburkan bahawa hantu adalah sesuatu yang menakutkan. memiliki rupa hodoh dan jelik dengan wajah yang tidak cantik sehingga ada manusia yang membuat persamaan "perangai macam setan". Walhal makhluk ini bukanlah sentiasa boleh dilihat oleh manusia melainkan melalui keadaan dan di tempat tertentu yang dianggap mistik.
1) surah al-Fatihah,
2) surah al-Baqarah ayat 1-5, 255-257, 284-286
3) surah al-'Araf ayat 117-122
4) surah Yunus ayat 79-82
5) surah al-Ikhlas
6) surah al-Falaq
7) surah an-Nas untuk merawat sihir dan dijadikan pelindung sihir bagi si pembaca.
Monday, 2 January 2017
Cara-cara mengusir syaitan ketika solat
Dalam kehidupan rasulullah saw baginda juga tidak terlepas daripada diganggu syaitan. Godaan syaitan terhadap nabi menunjukkan bahawa siapa saja tidak terlepas daripada diganggu syaitan hatta dia merupakan pembesar negara malah rakyat marhaen biasa. syaitan tidak memilih bulu darjah, keturunan, pangkat, harta, kedudukan, bangsa. Makhluk syaitan sangat berusaha menjayakan visi dan misinya bagi menghimpunkan manusia untuk bersama-samanya di dalam neraka. Jika diganggu oleh syaitan maka kembalilah kepada panduan sirah nabi bagi menanganinya.
Sebuah hadits sahih dalam sunan ibnu majah:
"Tatkala
Rasulullah s.a.w menugaskan aku di Tha`if, tiba-tiba ada sesuatu yang
selalu menggangguku di dalam solat sehingga aku tidak menyedari solat
yang aku kerjakan. Ketika aku sedari,
maka aku lekas pergi kembali menemui Rasulullah s.a.w, beliau lalu
bertanya: "Ibnu Abu Al 'Ash?" Aku menjawab, Ya, wahai Rasulullah."
Beliau bertanya lagi: "Khabar apa yang kamu bawa?" Aku menjawab, "Ada
sesuatu yang mengganguku di dalam solat, sehingga aku tidak menyedari
solat yang aku kerjakan." Beliau bersabda: "Itu adalah syaitan,
mendekatlah kamu." Maka aku pun mendekat kepada beliau, dan aku duduk di
atas kedua telapak kakiku. Dia melanjutkan, "Kemudian beliau menyentuh
dadaku dengan tangannya, lalu meludah di mulutku dan bersabda:
"Keluarlah wahai musuh Allah." Beliau melakukan hal itu hingga tiga
kali, kemudian bersabda: "Kembalilah kepada tugasmu semula." (Perawi)
berkata, "Utsman berkata, "Demi Dzat yang menghidupkan aku, aku tidak
pernah lagi merasakan ada yang menggangguku."
Saturday, 31 December 2016
Kaedah pagar rumah dari jin
[JIN TIDAK BOLEH BUKA PINTU YANG DITUTUP DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH]
Semua manusia mengimpkan untuk hidup bahagia, tenang dan sejahtera bak kata pepatah yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Begitu juga rezeki tidak datang bergolek dengan hanya menunggu tanpa berbuat apa-apa. Kebahagian mesti dicari dan diusahakan. Bahagia tidak datang pada mulut atau benda mati ianya hadir pada hati. Kadang ia berlalu pergi tanpa diusir dan datangnya juga tanpa diminta.
Bahagia yang sebenar apabila hati dan kehidupan tenang dalam kebaikan. Lawan kebaikan adalah kejahatan. Sumber kejahatan yang paling sukar untuk ditepis apabila ianya datang daripada sembahan manusia melalui unsur sihir. Kebodohan sesetengah manusia apabila menjadikan syaitan sebagai penolong mereka dan sesama manusia sebagai musuh. Walhal hanya sebenanrnya adalah syaitan itu adalah musuh nyata bagi manusia.
" dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan. sesungguhnya syaitan itu musuh nyata bagimu". (Surah Az-Zukhruf ayat 62)
Makanya, antara perkara yang sangat perlu dibuat bagi melindungi diri dan keluarga dari kemasukan syaitan adalah dengan membaca dan mengamalkan sunnah nabi apabila masuk ke rumah.
Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kulit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian “(Riwayat Muslim).
Wednesday, 28 December 2016
*Kena tindih waktu tidur apa perlu buat?
Islam agama yang syumul melengkapi semua kehidupan manusia bermula dari bangun tidur sehingga untuk tidur semula. dari tidur kepada tidur semula manusia melakukan pelbagai aktiviti untuk memenuhi keperluan sebagai manusia. manusia normal tentunya akan merasakan penat setelah seharian bekerja mencari rezeki. maka malamnya adalah satu waktu yang diperuntukkan sebagai masa untuk berehat suapaya badan dapat recharge semula tenaga yang berkurang kerana bekerja disiang hari juga untuk digunakan semula pada keesokan harinya.
Badan letih sangat mudah untuk terkena gangguan. Syaitan tidak sekali-kali berehat dari cuba menganggu manusia dalam keadaan jaga atau tidur. Justeru itu, nabi mengajarkan umat Islam sunnah-sunnah yang perlu dibuat sebelum tidur bagi mengelakkan dari diganggu syaitan laknatullah.
Cara mengelakkan ditindih..
1. Kibas tilam sebelum tidur
2. Menjaga kebersihan bilik / tempat tidur
3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur, (berwuduk, zikir, mengaji sebelum tidur)
4. Membaca 3 qul tiup ditangan dan sapu keseluruh tubuh
5. Membaca ayat kursi sebelum tidur
6. Istighfar
7. Bismillah 21 kali
8. Tidur mengiring kanan
Bila rasa ditindih, tenangkan fikiran, jangan panik, setkan dalam kepala anggap biasa-biasa aje.
1. Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati Allah sebanyak2nya, kemudian hembuskan perlahan2. Ulang beberapa kali.
2. Azan sekuat-kuatnya dalam hati, sehingga anda melepaskan suara azan dimulut.
3. Membaca ayat kursi atau apa-apa surah yang terlintas dikepala. Baca didalam hati.
4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan2 sehingga anda mampu menggerakkan keseluruhannya.
5. Ubah posisi tidur.
Tuesday, 27 December 2016
Tanda-tanda rahim di ganggu jin
Rahim wanita adalah anggota paling bernilai yang ada pada tubuh seorang wanita. Tanpanya hilanglah kemuliaan seorang wanita. wanita yang boleh mengandung dan melahirkan zuriat dianggap wanita yang paling agung dan bertuah. Lantaran muliaanya tugas melahirkan seorang anak yang tidak diberikan pada lelaki. pengorbanan mereka kerana sanggup berpenat dan letih serta menanggung kelemahan atas kelemahan wajar diberikan pengiktirafan yang tertinggi oleh lelaki. Hanya lelaki teragung dan terhormat akan menghormati pengorbanan seorang wanita.
Teramat penting bagi wanita untuk memerhatikan kitaran haidnya. Daripada haid dapat ditentukan tahap kesihatan seorang wanita.
Antara tanda-tanda rahim kaum wanita diganggu makhluk halus:
1)Haid tidak menentu atau tidak normal
2)Sengugut yang melampau
3)Haid keluar terlalu lama atau jangka masa yang panjang
4)Darah haid keluar secara ketul- ketulan seakan2 darah beku
5)Terasa seakan-akan bisa di bahagian rahim bagai dihiris atau dicucuk jarum
6)Bahagian pinggang terasa sakit/lenguh atau denyutan
7)Bahagian tubuh badan terdapat kesan lebam atau di gigit sesuatu
8)Emosional melampau/cepat marah atau mengeluh Kalau ada tanda2 tersebut sila dapatkan rawatan islam dengan segera...
Monday, 26 December 2016
Pengalaman menakutkan bertemu hantu
HANTU
Saya percaya bukan saya saja, ada ramai di antara gang kita yang pernah jumpa hantu. Yang ini pula pengalaman saya sendiri .
Kes 1.
Ketika saya berusia 7 tahun, saya pergi bermain di rumah kawan di
seberang jalan . Jaraknya sekitar 200 meter dari jalan. Bila dah hampir
senja saya pun balik berjalan seorang diri menuju ke rumah.
Sepanjang perjalan tu hanya ada sebuah rumah usang kosong tak
berpenghuni . Entah macam mana saya memandang ke arah rumah tu ,memang
saya lalu tepi rumah tu. Tiba tiba ada satu lembaga berpakaian putih
macam telekong sembahyang pompuan.Sangat jelas kelihatan matanya bulat
berwarna merah sambil senyum dengan gigi menyeringai . Apa lagi saya
lari tak cukup tanah. Sampai di rumah saya tercungap chungap terus
demam.
Kes 2.
Sekitar 20 tahun dulu , saya mengikuti
kursus di Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar di Batu Berendam, Melaka.
Hanya saya sorang , takada orang lain. Kursus selama seminggu . Oleh
kerana masa tu saya pun agak sengkek , jadi sepanjang seminggu tu saya
hanya tidur dalam kereta pada waktu malam. Malam pertama tu saya pilih
satu lokasi agak jauh dari pondok sekuriti kerana agak gelap sikit,agak
selesa untuk tidur. Tengah saya lena sekitar 2 pagi, tiba tiba saya
terjaga . Betul betul di depan muka saya ada satu lembaga ,kepala saja
,badan tak ada . Mukanya hitam legam, matanya merah , giginya
menyeringai . Lalu lembaga tu menerkam saya. Apa lagi saya pun
berentaplah dengan lembaga tu . Beberapa minit berlalu ,saya baca ayat
ayat Al Quraan yang saya sempat , sambil mengelupur menepis , menumbuk
lembaga tu.Akhirnya dia hilangkan diri. Lepas tu saya terus alih kereta
hampir ke pondok sekuriti. Saya pun ceritakan apa yang berlaku kepada
abang guard tu. Baru lah pecah rahsia. Abang guard tu cerita, dulu tapak
tu adalah kem askar jepun , tempat pancung kepala orang. Macam macam
dia cerita, mereka dah biasa jumpa macam macam. Bunyi pompuan menangis
dalam tandas waktu tengah malam,pompuan cina lompat pagar terus hilang
dalam gelap malam. macam macam lah lagi.Abang guard tu pun dia pernah
termasuk kawasan bunian di tempat tu , siap ada kenduri kawin. Katanya
mereka arak pengantin perempuan dengan pengusung. Akhirnya Pak Hj orang
bunian tu hantar dia balik.
Kes 3.
Waktu di UPM dulu saya
dan group saya di hantar untuk training mengajar di Sekolah Menengah
Khair Johari di Sungai Sumun , Bagan Datok. Kami pun cari rumah sewa
.hanya ada satu rumah usang kosong tak berpenghuni . Jiran sebelah rumah
yang jaga rumah tu dah pesan , rumah tu agak berpuaka , semua yang
pernah menyewa semua lari malam tu juga.Tak tahan. Ada benda cakar
rumah, diganggu waktu tidur dan macam macam lagi. Tapi kami tak ada
pilihan. Kami sewa juga. Tapi group kami malam pertama dah buat solat
hajat minta perlindungan Allah. Alhamdulillah kami selamat, tak
diganggu, walau pun keadaan nya sangat menyeramkan. Saya ada selongkar
bilik kosong di rumah tu. Ada banyak tikar mengkuang yang digulung dan
diikat. Dalam tu saya jumpa sekeping gambar lama keluarga, hitam putih.
Wallahwalam ,tak tahu apa yang pernah terjadi di rumah tu.
Kes 4
Satu masa dulu saya teroka tanah di hutan Jerantut, Pahang . Saya
berdua dengan adik saya . Pondok kami tu agak jauh dari orang lain kira
kira 600 meter seberang sungai. Di satu hanya pondok kami. Ada satu
malam tengah malam , tengah kami tidur saya terdengar bunyi hentakan
kaki yang kuat berjalan keliling pondok kami. Saya suluh dengan lampu
suluh . Kosong. Saya tunggu , ada bunyi lagi,saya suluh lagi , kosong
juga. Beberapa kali sama macam tu. Sampai pagi kami tak tidur. Ada
sekali tengah hari kami tengah tebang pokok , tiba tiba bau kemenyan.
Fuh, suspen betul .Entah apa agaknya.
Kes 5.
Saya dan mak
saya keluar ke kedai untuk beli barang . Rumah kami sekitar 500 meter
dari jalan. Jadi kami lalu jalan denai ke jalan besar .Waktu tu pukul8
malam Tiba tiba dalam gelap tu kami nampak ada satu basikal sedang
bergerak ke arah kami . Kami pun berdiri di tepi denai untuk basikal tu
lalu.Tapi basikal tu hilang ghaib begitu saja.Tak sampai sampai pun.
Kes 6.
Satu masa dulu di kampung, ada saudara kami yang bina pondok di
hujung kebun .Dia baru pindah ke situ. Keluarga tu suami isteri dan 2
orang anak. Tiba tiba tengah malam keluarga tu bergegas datang untuk
tumpang tidur di rumah kami.Katanya ada benda mencakar dinding rumah
mereka, Cakaran yang sangat kuat.
Kes7
Di Klang. Macam biasa saya menjala ditepi hutan bakau waktu tengah malam. Saya berhenti sekejap minum dan hisap rokok.
Tiba tiba saya di sergah " ADA DAPAT KA BANG!!!"
Terkejut beruk saya . Bila pandang ke belakang ada satu susuk tubuh
hitam legam berdiri. Seorang brader India. Lahabau punya brader, kalau
nak tegur pun bagilah signal ehem ehem sikit , ini tidak .Terus sergah ,
nasib saya tak sakit jantung tapi terkejut beruk juga lah. Sembang
punya sembang rupanya dia pasang belat dalam hutan bakau tu. Jilakee
betul.... (pinjam ayat AbangRaniKulup )......
sumber: FB MOHD SALLEH MAZUKHI
Subscribe to:
Comments (Atom)




